Thursday, April 5, 2012

LAGI GAMBAR RUMAH KEDAI B-G-1

Begini keadaan apabila penyewa berpindah. Tuan rumah tidak percaya apa yang dilihat.
1. Berapa kos untuk membuang sampah-sampah dengan menggunakan lori.
2. Semburan anai-anai.
3. Cat semula dinding dalam rumah.
4. Cat grill
5.Cuci buang minyak pada lantai & dinding.
6.Cuci dua bilik air.
7. Bersih longkang & paip saluran dapur dan bilik mandi.
8. Baikpulih wiring yang rosak
9. Tukar shower cap, flush, tap jika ada yang rosak.
10. Dll.



APABILA PENYEWA BERPINDAH LIHAT APA YANG DITINGGALKAN










Friday, February 17, 2012

Sampah di D-4-5




Gambar dimana penyewa D-5-4 meletakkan sampah dikoridor tingkat 5, blok D Pangsapuri Bukit Kuda.

Sunday, May 2, 2010

TRAGEDIi 29 April 2010





Seorang penduduk dari tingkat 1, blok C , Pangsapuri Bukit Kuda, Klang telah melompat dari bangunan tingkat 4 pada 29hb April 2010 jam 10.50 pagi. Penduduk merupakan seorang yang tidak siuman dan tinggal di pangsapuri ini 11 tahun yang lalu. Sebelum melompat lelaki yang berusia dalam lingkungan 40 tahun telah kelihatan berjalan bogel dihadapan kedai runcit blok C & B.

Selepas 15 minit mangsa meninggal dunia, pengurus-pengurus mayat pun sampai. 2 syarikat berasingan cuba mencari waris simati untuk memberikan call card mereka. Selepas 1/2 jam kemudian baru lah anggota polis sampai. Ambulans datang dan terus beredar dari tempat kejadian kerana ini merupakan kes bunuh diri. Terpaksa menunggu lama lagi sebelum anggota polis yang lain datang untuk mengambil gambar dan sebagainya. Sudah pun tengah hari (jam 1 petang) pelajar sekolah mengambil peluang menonton dan ramai juga mengambil gambar dari hand phone. Sepatutnya anggota polis yang bertugas pada masa ini menghalang pelajar menaiki tingkat 1 untuk mengambil gambar.

Thursday, March 25, 2010

TNB Memotong Bekalan Letrik di Loji Perkumbahan Pangsapuri Bukit Kuda






24hb Mac 2010, Loji Perkumbahan sekali lagi didatangi masalah . Belum sampai seminggu pihak kami mendapat komplain daripada penduduk berhampiran melalui YB Rodziah & YB Samad Khalid. Pemaju gagal membuat pembayaran RM12,000.00 untuk penggunaan loji sejak April 2010. Encik Wong daripada Titikaya tidak mahu membuat sebarang pembayaran apabila beliau dipanggil oleh TNB dengan alasan loji ini telah diserahkan kepada JMB PBK.

Persoalannya sekarang Pemaju berani melanggar semua arahan daripada Majlis Perbandaran Klang, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor dan juga Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara. Apa yang JMB PBK boleh lakukan jika segala arahan daripada jabatan kerajaan berani ditentang daripada pihak terbabit .

Jawapannya amat mudah dan perlu dititikberatkan dengan segera. Sekiranya pihak kami hendak mengadakan mesyuarat mestilah berunding dengan pemaju dahulu dan perlu ada perancangan. Jika memanggil mereka semata-mata untuk melepaskan batuk ditangga maka pemaju boleh mempermainkan kita semua dengan sewenang-wenangya .

Kalau hanya dengan bermesyuarat dan menulis surat kepada pemaju dan berharap pemaju akan mengikut arahan maka tidak perlulah negara mewujudkan agensi kerajaan .

Apa yang diperlukan ialah agensi kerajaan perlu mengambil tindakan tegas dengan mendakwa pemaju atau menghentikan projek pemaju di Negeri Selangor walaupun 1 bulan . Hal ini mengakibatkan pemaju mengalami kerugiaan berpuluh ribu ringgit dan akan menyelesaikan masalah loji ini .

Kelemahan jabatan telah pun dikenalpasti oleh pemaju dan strategi ini yang sering diguna pakaikan oleh mereka. Suka sangat masalah orang ramai di pindahkan dari satu jabatan ke jabatan yang lain, kononnya ini bukan tugas mereka.

Akhirnya yang menanggung derita adalah rakyaat.

Friday, March 19, 2010

LAGI KOMPLAN DARI LOJI PERKUMBAHAN 19HB MACH 2010




Gambar loji yang telah / sedang dibaikpulih oleh Pemaju. (Rupa dari luar cantik dan bersih, tar jalan baru, cat besi & dinding) tetapi baikpulih dalaman belum tahu.

Untuk pengetahunan umum, loji ini telah mula dibaiki sejak bulan november 2009 selama 6 minggu tetapi pada bulan disember dan awal januari 2010 telah mendatangkan masalah kepada penduduk dengan bau yang amat busuk dan air kumbahan mengalir keluar.

Pada awal bulan Mac dan sehingga sekarang, loji masih lagi di baikpulih dan isu terkini ialah pada 18 & 19hb Mac 2010 pemaju telah meletakkan satu pam besar untuk menyedut najis/air kumbahan dari satu kolam ke kolam yang lain (mungkin kah kerosakkan alat didalam kolam tidak dibaiki dan terpaksa disedut dari atas.) Penduduk berhampiran telah membuat aduan dimana air yang disedut mengalir ke rumah mereka.

Saturday, July 4, 2009