Monday, April 7, 2008

MESYUARAT PENUBUHAN JMC KECOH

Mesyuarat Penubuhan Joint-Management Corporation (JMC) diantara pemaju dan penduduk-penduduk dipangsapuri Bukit Kuda, Klang agak kecoh kerana penduduk-penduduk yang hadir pada pagi tersebut tidak dibenarkan mengundi atas alasan tidak membayar yuran maintenance yang baru. Yuran baru berkuatkuasa mulai Oktober 2007 dengan kenaikan dari rm45 ke rm70.00.

Penduduk sangat kecewa kerana pemaju tidak bersedia (dari segi tanggungjawab, peraturan,sikap sambil lewa tidak faham prosidur mesyuarat & tidak profesional) untuk mengadakan mesyuarat JMC.

Laporan Kewangan penyelenggaran (maintenance) pangsapuri tidak dapat dipastikan adakah ia telah dibuat, diaudit dan disahkan oleh COB (MPK). Anggaran 70 orang penduduk yang hadir telah dipermainkan dan mereka ini terpaksa membatalkan rancangan peribadi masing-masing hanya untuk menghadiri mesyuarat yang tidak jadi ini.