JMB PBK mengambil alih Pengurusan Pangsapuri Bukit Kuda mulai 1hb Mei 2009. Hari pertama pada 4hb hari Isnin. Dalam 2 hari pertama JMB PBK telah mendapat lebih kurang 20 aduan dari penduduk. Aduan ini seolah-olah dirancang kerana ada penduduk menunggu JMB mengambil alih baru nak buat aduan. Sebelum ini juga, khabar angin oleh pihak tertentu kononnya penduduk akan menghadapi masalah kelemahan mentabir Pangsapuri Bukit Kuda kerana ajk JMB tidak mempunyai pengalaman pengurusan. Malah, Pemaju (Titikaya Sdn Bhd) telah beberapa kali menawarkan 2 orang pekerja yang sedang berkhidmat dipangspuri ini untuk terus berkhidmat dibawah JMB PBK kononnya mereka ini lebih berpengalaman dari ajk JMB PBK. JMB PBK mengucapkan terima kasih atas tawaran ini.
Selama 11 tahun penduduk melihat dan menelan dengan perit pentadbiran oleh pemaju dan tidak satu akaun penyelenggaran dipamirkan selama ini. Aduan dan permohonan dari penduduk melalui Persatuan Penduduk tidak diambil dengan serius dan dibiarkan dengan begitu sahaja.
Sudah tiba masanya penduduk sendiri mengurus Pangsapuri ini dengan pemantauan oleh Pesuruhjaya Bangunan dari Majlis Perbandaran Klang.