Sunday, June 14, 2009

KERANI PEMAJU MENGHILANGKAN DIRI

"HARAPKAN PAGAR PAGAR MAKAN PADI" Pemaju, TitiKaya Sdn Bhd berjanji kerani akaunnya akan berada sehingga bulan ogos 09 bagi menyiapkan semua akaun dan mengutip yuran tertunggak untuk diaudit dan diserahkan kepada MPK dan JMB. Malangnya, kerani akaun ini telah menghilangkan diri sejak penghujung bulan mei 09. APA DAH JADI, akaun tak siap, dokumen pun tak lengkap, macam mana nak tunjukkan akaun. Inilah kakitangan yang disanjung oleh pemaju untuk dicadangankan berkhidmat dengan JMB PBK kononnya mereka ini berpengalaman dan hebat.

Takkan Pesuruhjaya Bangunan, Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor nak duduk diam. Yang menderita ialah penduduk disini. Segala aduan dan rintihan selama 11 tahun ini terbukti kebenarannya.
Kami JMB PBK akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan dan jadikan ini satu contoh tindakan tegas kepada pemaju lain terutamanya kepada pemaju-pemaju di Selangor ini. Buktikan kerajaan sekarang bukan kerajaan dulu. Kerajaan berjiwa Rakyat.